Aircond Inverter
Inverter adalah teknology terkini yg diperkenalkan didlm setiap barang elektrik bukan terhad kepada aircon shja malah mesin basuh dan oven pon dah ada inverter termasuklah water heater. Inverter berfungsi menyongsangkan arus ac (alternate current yg dibekalkan dirumah oleh tnb) ke dc (direct current mcm kuasa battery yg rendah arusnya) dan apabila sudah ditukar kepada dc, maka nilai arus menjadi rendah (ampere = Amp) Bila nilai arus rendah maka jimatlah elektrik..hehe =P
contoh amik mudah... Cina pasang..Outdoor kerja dalam keadaan tidak sempurna kerana keadaan tempat dan permukaan tapak tidak rata. Kipas bolah gelong ..
Contoh gambar control board inverter yg diinstall dlm perkakas elektrik, peranti ini sgt mahal dan jika rosak kene panggil pakar circuit board inverter, bukan simply2 boleh buat sendiri atau solder sendiri..
Dibawah adalah tempat dimana ia diinstall iaitu di dlm body Outdoor unit atas compressor, bunyi compressor semasa operate adalah agak kuat mcm enjin kereta yg di ramp..tak percaya cuba dgr.
Semasa memilih utk membeli aircond pasti menjadi dilemma utk tuan/puan kerana dipengaruhi oleh tukang jual..biasala ada komisen tinggi klau berjaya jual ni pada customer hehe.. kamu semua sering dikuatkan dgn alasan jimat elektrik kan..
Inverter bermula jimat arus elektrik apabila ia telah mencapai keadaan stabil, iaitu, tidak ada kenaikan suhu meluas daripada suhu yang ditetapkan kamu. Untuk mencapai keadaan yang stabil, perlukan 3 jam minimum bergantung pada luas ruang dan untuk maintain kestabilan tersebut kamu perlu running aircond sekurang2nya 6 - 8 jam berterusan..
Compressornye pula tiada cutoff dan operate berterusan berdasarkan seperti gear 1 2 3. Jika anda perasan..kadangkala compressor bunyi nye kuat dan kdgkala slow..itulah cara dia bkerja..mnggunakan tenaga yg minimum dan maksimum pda masa yg diperlukan dan ini akan mnjimatkan elektrik.
Cadangan utk install adalah diruang bilik tidur kerana kita akan menggunakan aircond spnjang tidur kita dan dgn keadaan ruang yg terlalu kecil, ia lebih cepat mencapai kestabilan suhu dan dapat mnjimatkan elektrik. Penggunaan horsepower yg besar juga dapat menpercepatkan kerja inverter contoh menggunakan 1.5hp utk bilik tidur.
Tips2 mendapatkan penjimatan dgn menggunakan inverter adalah seperti berikut, jika anda tak follow ini..tak jimatlah..rugi je pkai inverter dgn harga yg 2x ganda non inverter..hehe =D
Menggunakan lebih daripada 3 jam sehari secara berterusan. Kurang daripada itu tak dapat nikmati penjimatannya dan sama je guna non inverter.
Set suhu pada remote 20 hingga 24c. Jika anda pergi terlalu rendah, penyongsang arus susah berlaku dan akan ada pada kuasa maksimum sepanjang masa dan tidak mendapat apa-apa faedah daripadanya unless bilik kecik mcm stor..hehe..
Menggunakan horsepower kecil contoh 1hp utk bilik yg sederhana besar, maka ia akan menjadi pada kuasa maksimum semua masa untuk menyejukkan bilik anda dan oleh itu tiada manfaat penjimatan.
Normally inverter ini digunakan di bilik server, hotel dan office barulah dapat penjimatan kerana kegunaan yg lebih 6 jam keatas. Not recommend utk rumah kediaman anda, tapi klau nk pkai juga install lah di bilik tidur bukan ruang tamu..tapi kalau nk pkai juga apa bole saya kata.. hehe =P
Brand inverter yg saya recommend adalah Panasonic kerana tahan lama dan belum ada complaint dari customer setakat ni. Cara servis pon friendly..
Upah pemasangan yg mahal kerana piping copper nya berbeza dgn non inverter malah lebih tebal dan tidak mudah bocor, menggunakan gas R410A yg sgt mahal dan ozone friendly.
Perlu diingatkan bahawa aircond jenis inverter ini perlu dihidupkan selalu atleast seminggu 3 kali, ini kerana gas akan drain iaitu berkurangan kerana ia keluar melalui liang2 compressor jika berkeadaan statik dibawah pressure yg tinggi. Jadi bagi pemilik aircond ini yg selalu outstation hendaklah mengingatkan org yg berada dirumah utk hidupkan bagi dia running 3-4 jam utk 3 kali seminggu.. bagi yg tiada org dirumah berminggu2 bersiap sedialah dgn fulus.. gas confirm habis dan tak sejuk..hehe =D
Cara kerja menservis adalah sama seperti non inverter, boleh chemical wash dan overhaul unit. Pressure utk gas yg memadai adalah 120psi depend pada running amp pada description outdoor unit.
Perkara yg sgt ditakuti oleh technician ialah tak boleh hidup selepas dioverhaul.. Bnyk dah berlaku (tapi blm pernah kena pada saya munkin bernasib baik hehe..) apabila menservis overhaul dan apabila pasang balik.. aircond control board pada indoor unit jamm.. timer bilinking..check punya check..ada error pada circuit board reading.. habis kesian technician dipersalahkan tapi sebenarnya ini kesilapan dari kilang possibility 40 percent. nak taknak kene tukar circuit board yg berharga 200++.. huhu... inilah risiko aircond jenis ini, Ramai technician tidak mahu dampingi jenis inverter ini hnya org tertentu yg berani shja..
AIRCOND NON-INVERTER
sambungan dari topic diatas.
Seperti yg terdapat di kebanyakan bangunan, ofis dan rumah yg telah memasang aircond dari tahun 19XX hingga 2011, dalam tempoh ini inverter belum diperkenalkan. Aircond jenis ini telah lama digunakan dan performance sangat mengagumkan kerana ia tahan lama.
Sebelum inverter wujud, jenis ini dipanggilkan mengikut nama gas yg digunakan iaitu R22, R32, R134a, R11 dan R410a. Ada banyak lagi jenis gas tapi yg saya senarai ini yg paling selalu digunakan dari tahun seperti yg dinyatakan.
Kini aircond non-inverter telah meluas digunakan di negara kita kerana kos barang dan penjagaannye yg murah. Saya pon prefer non-inverter (R22) kerana mudah dijaga.
Dari segi penggunaan tenaga, R22 dikira average berbanding inverter dan boleh jadi jimat jika anda terapkan cara2 penggunaan inverter kedalam tabiat aircond anda.
Untuk pengetahuan anda semua, semua jenis aircond samada inverter or non inverter telah menggunakan gas R410a menggantikan R22 utk non inverter sebelum ini bermula tahun 2014. Jadi diingatkan anda semua supaya tidak tertipu oleh juruteknik yg tak bertanggungjwb.
Dari segi installation hrga pon akan jadi sama utk inverter dan non inverter kerana penggunaan gas R410a yg sama mnggunakan piping yg sama dan pressure yg sama..tiada beza lagi utk cost servis antara 2 teknology tersebut.
servisaircondrumah .
#ambiltahu
#zainiwordpress.wordpress.com
#zainimekanik.blogsport. com
No comments:
Post a Comment