Sunday, September 17, 2017

Ac compressor leaking oil seal

Salam sejahtera....

Hari ni punya kes kereta jenis ford lama 16 valve pakai compressor recond DENSO jangka hayat x sampai setahun gas habis. Owner pergi balik kedai cina ac tu check dan tmbah gas memang sejuk , balik je packing esok pagi on ac terasa angin blower je gas habis. So owner datang jumpa sy untuk selesaikan kes .
Packing kereta, pasang selang monifold dan buat air pressure dapati pada unit  compressor bocor keluar angin dan minyak oli meleleh keluar. Cargas buka unit compressor buat service tapi masalah besar pada shaft ada kesan makan /haus.
Ini adalah sebab utama kalau beli barang recond macam2 masalah rosaknya .. Boleh la nk pakai jangkamasa pendek , kadang2 beli x sampai sehari dah rosak.
Apa pun ni nasihat sy . lebih baik keluar duit sekali daripada sikit2, lama2 sakit dia boleh beli unit baru, ini perkara yg merugikan duit dan masa kita.

Keutamaan!!!!!

Sistem unit ac perlu dalam keaadaan semua baik . jika satu unit tidak berkerja/ bocar ini akan memaksa sistem compressor bekerja keras . compressor yg kerja keras akan membuatkan unit rosak dan ac tidak dingin .
Untuk memastikan sistem kerja dalam keadaan baik , harus lah membuat checking pada sistem ac terutama compressor iaitu 3 bulan/ 40,000 sekali untuk memastikan penambahan / tukar minyak oli atau unit lain.
Maaf ..... tapi orang kita banyak yg tidak membuat checking berkala . bila ac dah tidak dingin / rosak baru cari mekanik. Apa pun setiap orang fikiran berbeza. Sekiranya dapati shaft pada compressor haus / mkan jangan sesekali tukar oil seal ,ini akan membuatkn kerja anda sia2 belaka. Jaga reputasi diri. Ikut nasihat pada mekanik yg mahir.
Keputusan ditangan kita

#sayangkeretakita
#janganambilmudah
#sehatisejiwa

Http:// zainimekanik.blogsport.com
           Zainimekanik.blogger.com



No comments:

Post a Comment