Salam...
Malam ni punya cita..
Wira vdo owner bagitau gas baru isi rm40 sehari dah tidak sejuk.
Lokasi : kedah
Langkah pertama kena check ialah tekanan gas dgn menggunakn monifuld gauge sekiranya jarum lentok ini bermkna gas kosong.
Lepas tu gunakan pressure compressor untuk check kebocoran dgn menggunakan buih sabun .
Kes kereta owner ni setelah buat demikian didapati angin brbuih keluar pada shaft oil seal. Comfirm kebocoran, lalu buka unit compressor untuk buat overhaul , sediakan repair kit yang cukup kerana compressor amat penting (jantung ) bagi sebuah system AC . Cuci bahagian housing juga untuk senang kita detect bocor apabila pemasangan compressor kembali.
Settle...
Sekali lagi check kebocoran , jika tiada langsung vacuum sampai 600hg. Pastikan jarum vacuum tidak turun.
Masukkan freon dlm bentuk cecair bgi mengurangkan beban kerja semasa procses isi gas , isi sehingga penuh .
Apa pun kerja dgn iklas baru hasil kerja.
Pastikan AC dingin bgi kepuasan kerja berkualiti.
Harga upah : 260 , gas rm50. Oli oil compressor rm35.
# cubabarutau
No comments:
Post a Comment