Wednesday, September 19, 2018

DIESEL SYSTEM MARKING

DIESEL INFORMATION 10 tahun berpengalaman sebagai mekanik kereta di dalam baikpulih enjin kereta,serba sedikit pengalaman tersebut aku catatkan dalam blog ini sebagai panduan asas untuk pengguna dan penggemar kereta. ▼ Mei 12 2018 Baiki enjin diesel(overhaul) Sebelum aku terangkan lebih lanjut mengenai enjin diesel ni,aku nak beritahu serba sedikit dulu lah mengenai bagaimana enjin diesel bekerja.Enjin diesel nie bekerja lain sikit kerana ia tak menggunakan plug(palam pencucuh).Ia bekerja secara pancitan minyak yang dibakar sebelum mampatan enjin menggunakan heater sebagai sumber api ,senang cerita bahasa mudahnya sebelum komponen enjin bekerja pembakaran dalam kebuk silinder(cylinder head )bermula. Enjin diesel adalah enjin berkuasa rendah walaupun c.c dia besar kekadang mencecah 3000 c.c.Pecutan pun lembap le dahtu lambat nak jalan kerana ia tak guna plug(palam pencucuh).Tapi enjin diesel ni boleh bekerja kuat da sebab dia tahan tekanan kuasa tinggi. Mengikut pengalaman aku enjin diesel tak banyak yang boleh dibuat selain dari overhaul dan tukar enjin ,kerana kompnen-komponen dalaman yang agak mahal dan tidak tahan lama.Overhaul biasanya mekanik tukar:- 1.Minyak enjin 2.silinder head gasket 3.grind valve-atau cuci valve/tukar 4.piston dan ring 5.Liner(alas kebuk piston yang nipis) 6.alat pancitan diesel 7.enjin bearing 8.crankshaft bearing Enjin diesel ni selalunya banyak asap hitam,disebabkan cara pembakarannya menggunalan pancitan tanpa plug jadi asap hitam banyak le sikit,tetapi boleh dikawal dengan melaraskan pancitan minyak atau bahasa mekanik "buang minyak".Ia boleh dilakukan semasa enjin hidup dengan buang minyak diesel dari injector perlahan-lahan dan jangan biarkan enjin berhenti .Terus buang minyak sehingga enjin stabil. Untuk sesiapa yang nak baiki enjin diesel perhatikan juga larasan fuel pump supaya enjin dapat dihidupkan dengan senang. Apa pun aku mohon maaf sebarang salah silap yg baik datang dari allah . Sekian.... #zainimekanik

No comments:

Post a Comment