Wednesday, November 8, 2017

Baikpulih gearbox

TANDA DAN PUNCA KEROSAKAN GEARBOX AUTOMATIK

SITUASI 1: INTERNAL LEAK

Pada waktu pagi, kereta tidak boleh bergerak walaupun sudah masuk gear D atau R utk mulakan perjalanan. Kena tunggu engine kereta panas hingga ke 15 minit dan kadang-kadang ada sampai 30 minit. Ini adalah tanda-tanda gearbox mengalami Internal Leak, bermakna tiada pressure dapat dihasilkan oleh sistem hidraulik di dalam gearbox kerana getah seal telah keras. Setelah engine kereta betul-betul panas baru sistem hidraulik dapat berfungsi semula.
Punca berlakunya Internal Leak dalam gearbox adalah disebabkan oleh minyak gearbox tidak ditukar setelah lama digunakan. Kebiasaannya minyak gearbox mesti ditukar setiap 6 bulan. Minyak gearbox yang telah lama tidak ditukar akan menyebab kan getah seal di dalam gearbox semakin keras dan menyebabkan kebocoran pada hydraulic system. Tiada tekanan dapat dihasilkan oleh hydraulic system utk mengubah kedudukan gear di dalam gearbox.

SITUASI 2: MASALAH PADA CLUTCH PLATE

Semasa dalam perjalanan, masalah berlaku apabila kereta mencapai final gear dan secara tiba-tiba gear pada keadaan FREE. Kereta jadi mengaum dan tiada lajak semasa memandu. Ini terjadi disebabkan oleh masalah pada clutch plate di dalam gearbox. Kebiasaannya, clutch plate yang bermasalah adalah disebabkan oleh mounting kereta.
Jika berlaku gegaran kereta yang terlalu kuat disebabkan oleh keadaan mounting yang tidak sempurna, gegaran tersebut akan mengganggu sistem transmission kerana engine kereta bersambung terus dengan gearbox. Sebarang gegaran akan memberi kesan pada komponen dalam gearbox terutama sekali pada clutch plate. Akan terdapat geseran yang berlaku antara clutch plate, dan ia akan memberi kesan negatif semasa berada di final gear.

KENAPA TIDAK GANTIKAN SAHAJA KEPADA GEARBOX BARU / RECOND

Gearbox baru atau recond adalah benda yang sama dengan gearbox asal. Jika pemilik kereta tidak menjaga gearbox, ia tidak bertahan dengan lama kerana masalah yang sama akan terjadi. Sebab itu perlu untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu pada gearbox yang hendak diganti. Kadang kala kita perlu overhaul dahulu gearbox recond atau second hand yang datang dari kedai half cut. Kita tidak tahu bagaimana keadaan sebenar gearbox itu digunakan oleh pemilik dahulu.

Sebagai contoh kereta Proton Perdana, terlalu kerap bermasalah walaupun telah ditukarkan dengan gearbox baru lebih dari 2 kali. Ini disebabkan gearbox asal Perdana memang bermasalah walaupun kita ganti dengan gearbox original, masalah yang sama tetap akan berlaku. Dengan keadaan ini, gearbox tersebut perlu menjalani proses overhaul.

Sekarang, gearbox recond dari Japan semakin kurang disebabkan negara Jepun tidak lagi mengeluarkan gearbox untuk model tersebut dan harga gearbox recond dari Japan semakin mahal. Adalah lebih jimat jika gearbox tersebut kita hantar baiki dan jika perlu kita lakukan overhaul. Harga service jauh lebih murah dari beli gearbox baru dan gearbox tahan jauh lebih lama dan tidak bermasalah seperti sebelum overhaul. Kebiasaannya gearbox selepas overhaul akan bertahan selama lebih dari 3 tahun. Dengan syarat sentiasa tukar minyak gearbox setiap 6 bulan.

No comments:

Post a Comment